Kisah & Tadabbur
Fahami, dalami, & hayati ayat Al-Quran sebagai pedoman hidup.
Stories From Quran
Temui kisah, hikmah dan petunjuk Al-Quran yang dihuraikan dengan jelas agar lebih mudah difahami, direnungi dan dibawa ke dalam kehidupan.
Klip Hikmah.Santai tapi Sampai.Kuasai Bacaan.
Fahami, dalami, & hayati ayat Al-Quran sebagai pedoman hidup.
Intipati & pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam segenap langkah kehidupan.
Menyempurnakan penguasaan Al-Quran melalui ketepatan seni bacaan.

AL-QOSOS merungkai seribu satu rahsia kejayaan duniawi & ukhrawi melalui langkah yang praktikal, berteraskan Al-Quran dan Hadis.
Kisah dan prinsip yang diturunkan lebih 1,400 tahun lalu dihuraikan dalam bahasa yang jelas, relevan dan mudah direnungi oleh audiens hari ini.
Topik disusun selari dengan perjalanan kehidupan manusia. Daripada kisah umat terdahulu hingga penciptaan diri, pembentukan peribadi, persoalan rezeki, keluarga, emosi, dan kejayaan duniawi ukhrawi.

Pengenalan asas tentang Tadabbur Al-Quran. Menghalusi perbezaannya dengan Tafsir, Tajwid, Tarannum, Tadarus & Tilawah.

Menyelami sisi gelap dunia kemasyhuran, serta mengisi kekosongan tersebut dengan kefahaman terhadap wahyu.

Menelusuri setiap perincian langkah, rahsia, strategi & tips mengecapi kejayaan serta kekayaan dalam perniagaan menurut perspektif wahyu.

Merenungi alam, kejadian manusia dan tanda kebesaran Allah melalui ayat Al-Quran serta penemuan yang membuka ruang untuk bertadabbur.

Membina kesedaran diri, ketahanan jiwa dan akhlak yang baik melalui prinsip wahyu yang boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Menyempurnakan bacaan Al-Quran melalui ketepatan Tajwid, kelunakan Tarannum dan bimbingan yang tersusun untuk setiap peringkat.

Bukan belajar mengejar dunia. Tetapi belajar menggunakan dunia untuk akhirat.
Buku ni untuk orang yang nak kaya tapi takut masuk neraka.
Buku ni untuk orang yang nak formula kejayaan daripada al-Quran, bukan dunia barat.
Buku ni untuk ACTION TAKER, bukan sekadar ideologist yang kaya idea tetapi miskin tindakan.
Harga buku fizikal (tidak termasuk caj penghantaran).
Panduan praktikal untuk membina kejayaan dan kekayaan yang memberi manfaat kepada ummah.
RM8.00 untuk Semenanjung Malaysia. RM16.00 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dapatkan buku fizikal pertama AL-QOSOS dan mulakan perjalanan memahami kejayaan melalui panduan wahyu. Penghantaran tersedia ke seluruh Malaysia dengan kadar mengikut negeri penerima.
Jawapan ringkas tentang platform, akses kandungan dan pembelian buku sebelum anda memulakan perjalanan bersama AL-QOSOS.
AL-QOSOS ialah platform pembelajaran digital yang mendekatkan masyarakat kepada pemahaman Al-Quran dan Hadis melalui kisah, tadabbur, hikmah serta panduan praktikal untuk kehidupan seharian.
AL-QOSOS dibangunkan untuk semua. Ia bukan hanya untuk Mufti, Ustaz atau Ustazah, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mahu memahami Al-Quran dan Hadis serta mengaplikasikan panduannya dalam kehidupan tanpa mengira latar belakang.
Ya. Selepas mendaftar sebagai Free Member, anda boleh menonton sehingga tiga episod pertama yang layak bagi setiap siri. Kandungan seterusnya boleh dibuka melalui pakej langganan yang bersesuaian.
Ahli berbayar akan menerima akses mengikut pakej dan hak kandungan yang dipilih. Maklumat akhir tentang pakej, harga, manfaat serta had tontonan serentak akan diumumkan selepas semuanya disahkan oleh AL-QOSOS.
Tidak untuk fasa semasa. AL-QOSOS ialah platform berasaskan web yang boleh dibuka menggunakan internet melalui browser pada telefon, tablet, laptop, komputer atau smart TV yang menyokong browser.
Ya. Buku boleh dibeli melalui guest checkout dengan melengkapkan maklumat hubungan dan penghantaran. Harga rujukan dipaparkan dalam USD, manakala checkout serta pembayaran diproses dalam Ringgit Malaysia.